Sunday, 17 April 2011

Sahabat itu kekayaan

Alhamdulillah, syukur padaNya kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang saling mengingatkan. Syukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmatnya ukhuwwah - bonded by aqidah

dari barisan usrah dan dari umbi tarbiah
muncullah sinaran fikrah islah terus meniti masa
dari dewan selesa ke jalanan yang berhaba
pejuang keadilan dan penjulang kebenaran

bersama islam membina ummah
usaha daulatkan syariah agar hidup penuh barakah
di dalam sedih dan ketawa di dalam susah dan mewah
tetap teguh iman dan taqwa

sehati sejiwa dulu kini selamanya
walau apa yang melanda hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi teguhkan iman kami
moga tabah hati tak berbelah bagi

berbekalkan islam membina masyarakat
membentuk umat insan sejagat
setiap mehnah pastinya ada hikmah
berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
prinsip syura jadikan amalan
korban masa tenaga kita
dan fikiran perkasakan maruah kita..

 Saudara Ikram, Ezuan dan Mohd.

 Roslina & Muslimah ^_^

 Usrah geologi tahun 2

Usrah geologi tahun 3

Si bulat & Si Lonjong? ^_^

 siswi mantap pasti tersentap~
 
Tahun akhir paling mencabar. Ditambah pula dengan amanah yang terpikul. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang saya katakan dan kerana itu, langkah merealisasikan telah dibuat. Usaha diteruskan dengan mesyuarat bersama pihak Bendahari dalam masa terdekat. Teringat kata seorang sahabat "Usaha milik kita, keputusan milik Allah".

Kepastian hakikat yang ditemui, bahawa sahabat adalah kekayaan sebenarnya. Hilang satu, miskinlah sudah. Bertambah satu, semakin beruntunglah. Terima kasih untuk semua sahabat, Anda adalah kekayaan saya sebenarnya. 

Saya tidak berniat mengatakan sahabat itu mendahului pergantungan kita pada Allah."Berhenti berharap kepada makhluk Tuhan lalu bergantung harap sepenuhnya kepada Allah SWT"

p/s: gambar-gambar ini baru memaparkan sebahagian sahaja sahabat saya. Ada ramai lagi. Alhamdulillah..

2 comments:

muslimah said...

terima kasih aida..
terima kasih semua sahabat2...

Ilham Iffah Afifah said...

Indahnya hidup punya sahabat!,..
Kerana persahabatan itu menambah kekayaan pada jiwa, dengan adanya persemaian kebaikan antara sahabat, ditambah dengan kemesraan, kejujuran, gurauan, saling berkasih sayang, saling membahu serta saling berukhuwwah keranaNYA, maka ianya akan memekari taman persahabatan itu ^_^

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms