Saturday, 28 May 2011

Bengkel Adobe Photoshop ISIUKM

Tanggal 25 Mei 2011, memenuhi jemputan Saudara Hilman Iqbal Rusli, pimpinan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) untuk mengajar software adobe photoshop bersama 2 lagi tenaga pengajar iaitu Saudara Aiman Zafri Aminuddin dan Saudari Rahmah Mastura. Saya tiba lambat kerna terpaksa menghadiri mesyuarat. Jumlah peserta tidak kurang ramainya iaitu 22 orang. Tidak seramai ini ketika era kepimpinanku dalam ISIUKM tahun lalu selaku Timbalan Lajnah Informasi & Penerbitan. Tahniah buat kepimpinan ISIUKM! Adobe Photoshop merupakan software yang digunakan untuk membuat poster, banner dan sebagainya yang lazim digunakan untuk publisiti sesuatu program. Bagi...

Friday, 20 May 2011

SIGMA GAMIS Anjur Forum Sinergi Kasih Ibu

Forum Sinergi Kasih Ibu anjuran Srikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) GAMIS jelas memberi manfaat kepada para hadirin dari pelbagai pelusok kawasan yang meluangkan masa mendengar amanat dan buah fikiran. Panel yang dijemput adalah Puan Wardina Safiyyah (Personaliti TV3), Ustaz Rohidzir Rais (Pendakwah bebas dan penulis buku PTS Publisher) dan YB Dr Halimah Ali (Exco Pembangunan Insan Selangor Darul Ehsan) manakala Saudari Nadzirah Abu Bakar sebagai moderator forum merangkap Pengerusi SIGMA. Forum ini diadakan di Masjid Teras Jernang, Bangi dan dirasmikan oleh YB Dr Shafie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi. Usai tayangan multimedia hasil...

Perkembangan Kafeteria Kolej Keris Mas

Minggu ketiga praktikal di Institut Kajian Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM), Seri Kembangan tidak menghalang saya untuk ke kampus UKM pada petang semalam. Setelah mengambil keputusan analisis XRD di bangunan geologi dan urusan di Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, saya mengambil kesempatan bertandang ke Unit Penjanaan Jabatan Bendahari. Pertemuan dengan Encik Nazri Putra mengujakan apabila beliau memberitahu tender baru kafeteria Kolej Keris Mas akan beroperasi bermula awal Julai. Tender milik UKM Holdings suda mula berkemas dan tarikh akhir tamat perkhidmatannya ada 31 Mei 2011. Sebut harga baru dibuka semalam 19 Mei sehingga 2 Jun 2011. Pada minggu hadapan akan diadakan lawatan tapak. Berikutan kafeteria kolej tersebut yang tidak beroperasi sehinggalah tender baru menggantikannya,...

Monday, 16 May 2011

15 Mei - Hari Nakba

Ada apa pada 15 Mei? Ya benar, Hari Belia Negara. Namun, apa yang ingin saya kongsi di sini adalah Hari Nakba yang patut diingati oleh segenap seluruh masyarakat Islam. Media cenderung untuk membawakan iklan-iklan Hari Belia, Hari Ibu, Hari Bapa, dan bermacam lagi berbanding hari penting umat islam ini. Hari Nakba mula disambut pada 15 Mei 1948 oleh pemimpin Palestin, Yasser Arafat dan disertai oleh sejuta orang. Hari al-Nakba atau Yaumu al-Nakba membawa maksud ‘hari malapetaka’ sebagai memeperingati pengusiran penduduk Arab Palestin oleh pengganas Zionis dan peperangan yang membawa kekalahan kepada penduduk Arab pada 1948. Penduduk...

Wednesday, 11 May 2011

TV PMUKM : Medium Baru PMUKM

Laman sawang Youtube harus dimanfaatkan sebaiknya. Moga dengan pengwujudan TV PMUKM sebagai satu saluran baru penerangan PMUKM dapat mempromosi dan mengangkat nama UKM.  Mengimpikan saluran ini sebagai TV mahasiswa UKM setanding dengan TV UKM kendalian Unit Penerbitan UKM. Video pertama iaitu Teaser Majalah Universiti Kebangsaan Malaysia Edisi ke-34 sudah dimuat naik yang sebelum ini sudah diletakkan di facebook. Video seterusnya merupakan video korporat PMUKM. Nantikan! BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARS...

Tuesday, 10 May 2011

Kembara Kedah : Ziarah Keluarga Allahyarhamah Ratna Sufizzahriyanti Binti Omar

Pada 7 Mei lalu, seramai 6 orang MPP UKM yang terdiri daripada MPP Muslimah, Noraini, Noriah, Harith, Ikram dan saya sendiri telah menziarahi keluarga arwah Ratna Sufizzahriyanti di Mukim Tobiar, Pendang, Kedah. Ziarah ini juga disertai oleh rakan MPP seperti saudara Waliyuddin, Hilmi Ramli, dan Taufiq. Perjalanan pada jam 10.30 malam dari kampus memakan masa selama 6 jam. Usai solat subuh di Masjid Pekan Pendang dan menjamu selera di rumah rakan MPP, saudara Hilmi Ramli, delegasi kami tiba di tanah perkuburan tempat arwah dikebumikan kira-kira pada jam 11.00 pagi. Lafaz tahlil berakhir, keluarga arwah yang terdiri daripada abang, adik dan ibunya...

Pages 101234 »

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms