Thursday, 24 March 2011

Pemantauan Kafeteria: Soal Selidik untuk Mahasiswa UKM

Soal selidik berkaitan pemantauan kafeteria bertujuan mendapat maklumat mengenai tahap perkhidmatan kafeteria kolej, fakulti kepada mahasiswa seluruhnya. Pihak PMUKM sentiasa peka dalam memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kafeteria di kampus Bangi, Kuala Lumpur dan Cheras memuaskan pelanggan.

Kajian ini akhirnya akan didokumentasikan bagi menyediakan bukti konkrit untuk penambahbaikan bagi setiap kafeteria. Ramai yang mengadukan permasalahan kafeteria masing-masing. Soal selidik ini akan menjadi rekod aduan yang lebih menyeluruh untuk dibentangkan kepada pihak Bendahari UKM.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

1 comments:

Unknown said...

salam kak ayu.... boleh x sy dpt kan contoh borang kaji selidik kafeteria?? sy nk wat kaji selidik d tempat sy bekerja.... plez email kpd sy hanif.nasir236@gmail.com

(^_^) tq

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms