Monday, 21 March 2011

UKM Juarai Kampus Terbaik Karnival Kesenian Islam UO


Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kesenian Islam telah saya hadiri bersama MPM Muslimah selain MPM Kamal Ali, Helmi Othman dan Muien Abadi pada malam semalam 20 Mac 2011 di Panggung Seni. Penutupan Karnival Kesenian Islam ini telah dirasmikan oleh Tuan Feriz Omar, Pegawai Khas Jabatan Timbalan Perdana Menteri. 

Karnival Kesenian Islam ini dianjurkan oleh Kolej Ungku Omar dengan kerjasama kumpulan penggerak laman sesawang Islam terkemuka iaitu Iluvislam.com. Berbeza dengan karnival tahunan kolej tersebut sebelum ini, pihak penganjur kali ini lebih menampilkan pembawakan islamik bagi menyediakan alternatif bagi mahasiswa islam khususnya dan mahasiswa seluruhnya tanpa mengira bangsa dan agama amnya.

Menurut Saudara Mohd Afiq Hj Tulos, Ketua Pengarah, objektif Karnival Kesenian Islam dan Pertandingan Musabaqah ini diadakan adalah untuk memperkaya kefahaman Islam dalam diri setiap mahasiswa/i UKM. Ianya seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Tuan Feriz Omar juga ada memberitahu dalam ucapannya bahawa pihak kementerian sangat mengalu-alukan program-program yang memartabatkan Islam. Usai ucapan beliau, sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang pula diadakan. Kampus yang terlibat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan seperti berzanji, khat, pidato, tilawah Al-Quran dan nasyid adalah dari UKM, UM, USZA, UPNM, UPSI, USIM, UTEM, IBN Alor Gajah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim.


UKM telah dinobatkan sebagai Kampus Terbaik bagi Karnival Kesenian Islam Ungku Omar!
Terbaik!!!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms