Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Kami di MPMUKM menjemput  rakan-rakan mahasiswa untuk menyalurkan sebarang komen dan aduan atau  pandangan anda berkenaan isu-isu semasa kampus UKM pada link Fb di bawah;
ISU KAFETERIA > http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Boikot-Cafetaria-UKM-mahal-tapi-kualiti-tak-seberapa/164629926895031 
ISU WIFI > http://www.facebook.com/pages/100000-UKM-Students-Think-Ukm-Jaring-WiFi-VERY-Dissapointing/155584994469381
SISTEM ADUAN DALAMAN PELAJAR (SADP)
SISTEM ADUAN DALAMAN PELAJAR (SADP)
Untuk  makluman rakan-rakan juga, untuk sebarang aduan berkenaan di Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM) ini terdapat suatu sistem pengaduan berkenaan  hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada pelajar iaitu Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP). 
Ia merupakan satu sistem  pengaduan mengenai penyelewengan kewangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa,  pengurusan hal-ehwal pelajar, hal-hal yang berkaitan sebagai contoh  penipuan, pemalsuan dokumen, pemarkahan kursus yang tidak munasabah,  sijil kelayakan, membocorkan dokumen rasmi seperti kertas soalan,  membuat tuntutan palsu atau penyalahgunaan jawatan untuk kepentingan  peribadi.
Semua mahasiswa boleh mengemukakan aduan kepada sistem ini dengan syarat dia mestilah seorang pelajar yang berdaftar dengan UKM.
Di dalam Sistem Aduan Dalaman Pelajar, pihak universiti bertanggungjawab:
1. Menjamin kerahsiaan dan diklasifikasikan sebagai rahsia,sulit. 
2. Semua pengadu akan dimaklumkan penerimaan aduannya oleh pihak Universiti dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
Di dalam aduan tersebut, pengadu  perlu memberi maklumat lengkap terutama dari segi tarikh, masa, tempat  dan orang yang hendak diadukan kesalahan. Perlu diingatkan aduan bukan  berbentuk hasad dengki tetapi lebih kepada kebajikan dan kepentingan  organisasi dan bertanggungjawab kepada Universiti.sumber: MPM UKM




0 comments:
Post a Comment